Friday 9 September 2022

bahagia :)

Setelah 6 tahun perkahwinan, dikurniakan dua orang cahaya mata seorang perempuan dan seorang lelaki. Dikurniakan Allah sebuah rumah milik suami pangsapuri di tingkat 4 daripada 16 tingkat, alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Setelah 6 tahun berkahwin, segala penat lelah pahit getir yang kami lalui sangat menguji iman dan kasih sayang kami sekeluarga. Moga Allah limpahkan kasih sayang antara kami, ibu bapa kami, adik beradik kami, ipar duai kami, biras-biras kami. Aamiiinn.

Pada mula berkahwin dulu, agak janggal nak membiasakan diri dengan keluarga mentua. Ada terasa hati, ada makan hati, pelbagai perasaan wujud dalam hati. Maklumlah ambe ni anak tunggal perempuan dan jauh umur daripada abang-abang. Tak pernah melalui zaman berebut makanan, berebut mainan, nak apa sebut saja semuanya dapat (bukan semua, yang penting saja dapat yang tak penting sorry bye-bye).

Terima kasih Allah kurniakan ambe ibu bapa yang sayangkan ambe, murah rezeki, dan tak pernah lokek dengan anak-anak. Juga ibu bapa mentua yang baik hati selalu memberi. Alhamdulillah atas nikmatMu ini.

Apapun yang berlaku dalam hidup kita, tak usahlah semuanya dikongsi pada dunia. Cukup hanya kita, awak dan Dia. Salam sayang daripada saya, assalamualaikum. :)